Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, April 30, 2012 0 comments

Bersih 3.0: FB Pemimpin UMNO Cetus Kontroversi

SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin (gambar) 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunan yang berakhir insiden ganas, kelmarin.

Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjukkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.

Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah."

"Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran.

"Umpan saya dimakan. Tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak.

Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu.

Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.
"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai tu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ni ikut nyer," tambah Zaharin.

Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."

"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.

Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.

"#BERSIH3 - Zaharin Mat Yasin - ini bajingan yang mahu meranapkan Umno/BN!!," kata Twitter atas akaun @untimediabaru.

Blog itu antara lain menulis:

"Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk-beruk BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan Umno (Bahagian Bandar Tun Razak)...'

Blog itu turut membawa foto menunjukkan Zaharin memakai topi Bersih berwarna kuning dan kad kecil berkenaan protes Duduk Bantah.

Rasa marah ke atas Zaharin juga dilahirkan oleh pemegang akaun @riorashid yang menulis kepimpinan parti harus mengambil tindakan ke atas beliau.

Dia menulis "hapuskan parasit ini DS @NajibRazak." Selebihnya boleh baca sendiri di blog pro UMNO di sini yang memaparkan print screen dari FB Zaharin yang menghentam UMNO dan TPM.

Zaharin juga menulis bahawa bahawa lelaki yang memijak anggota polis itu kebetulan memakai gelang getah kuning tetapi dia bukan polis.

"Puak Bersih pergi spin akhirnya tipah tertipu... saya berjaya," katanya.

Ekoran kritikan terus-menerus, Zaharin menambah, "sebahagiannya akan saya jadikan tesis politik saya... dalam perang saraf strategi."

Mengulas perkara itu, Zaharin berkata, MT Umno mengambil keputusan meminta pihak polis manayangkan gambar video dan foto perusuh yang membuat onar masa demontrasi antikerajaan oleh Bersih.

"Masa itu boleh tahu. Adakah terdapat polis yang menyamar dalam kumpulan demonstrasi itu yang melakukan provokasi dan memulakan... setiap seorang akan dicari. Jika puak-puak Bersih ada maklumat, ada polis menyamar di lokasi berlaku rusuhkan sila buat aduan di mana-mana balai polis," katanya lagi.

Kontroversi ini muncul ketika penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin PR khususnya Pas menafikan pihaknya menjadi punca insiden ganas di ibu negara kelmarin.

Ketegasan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di ibu negara semasa dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub di Ipoh semalam.

Salahuddin mempelawa kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Datuk S. Ambiga mahu Suhakam menyiasat perkembangan semalam bagi mengetahui siapa yang menjadi punca kepada insiden ganas.

p/s: Kantoi sudaa...

SUMBER: Sinar Harian
Sunday, April 29, 2012 0 comments

Najib Dalam Perhatian Apabila Dunia Mula Memerhati Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 28 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan menjadi perhatian dunia hari ini apabila rakyat Malaysia berhimpun sekali lagi untuk menguji komitmen kerajaan berkenaan perubahan demokrasi, beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Penganalisis dan pemimpin politik pembangkanh berkata Najib (gambar) harus menangani Bersih 3.0 dengan lebih cermat berbanding perhimpunan sebelumnya menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai tahun lalu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishammuddin Rais berkata kepada The Malaysian Insider bahawa media antarabangsa mula hadir acara petang itu, cubaan ketiga Bersih menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sehubungan itu, keganasan terhadap orang awam yang berhimpun di jalanan hari ini akan menjadi tajuk hangat antarabangsa yang menunjukkan kekurangan kebebasan umum di Malaysia.

“Tiada siapa yang ingin melihat gambar orang awam dipukul pihak polis. Bagi kerajaan, sekiranya polis jalankan tanggungjawab sebagai pelindung, episod ini akan berlalu,” kata Ibrahim Suffian, pengarah penyelidik bebas Merdeka Centre.

Baca selanjutnya DI SINI...

Sumber: The Malaysian Insider
Saturday, April 7, 2012 0 comments

HADIS: 7 Pesan Nabi Kepada Abu Dzar



Dari Abu Dzar Al-Ghiffari (Jundub bin Junadah) radhiyallahu 'anhu, dia berkata: "Orang yang aku kasihi (Rasulullah s.a.w) memerintahkan aku melakukan tujuh perkara:

1. Dia perintahkan aku mencintai dan mendekati orang-orang miskin.
2. Dia perintahkan aku agar melihat ke bawah, tidak melihat keatas.
3. Dia perintahkan aku agar tetap menjalin silaturahim, meskipun orang tersebut memutuskan.
4. Dia perintahkan aku agar tidak meminta-minta kepada orang lain walaupun sedikit.
5. Dia perintahkan aku agar mengucapkan kebenaran, walaupun pahit.
6. Dia perintahkan aku agar tidak takut kecaman orang-orang yang mengecam dalam mengamalkan agama Allah (Islam)
7. Dia perintahkan aku agar memperbanyak kalimat: La haula wa la quwwata illa billah (tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah). Sesungguhnya kalimat itu dari perbendaharaan di bawah 'Arsy. (HR. Imam Ahmad bin Hanbal)

Keterangan Hadis:
1. Nabi perintahkan untuk mencintai dan mendekati orang-orang miskin. Merasai sendiri kehidupan orang miskin tidak cukup hanya memberi zakat dan sedekah agar dapat menghilangkan rasa kesombongan dan menimbulkan rasa syukur kpd Allah. Orang miskin itu bukan hanya disantuni pada bulan Ramadhan shj, krn mereka perlu makan setiap hari.

‎2. Nabi perintahkan agar melihat ke bawah, tidak melihat keatas di dalam urusan dunia yg tertentu agar dapat membangkitkan rasa syukur dan tidak lupa pd nikmat yang telah diberi Allah. Jika dalam masalah ibadah disuruh kita melihat keatas, agar ibadah kita lebih baik daripada org lain.

3. Nabi perintahkan agar tetap menjalinkan hubungan silaturrahim, walaupun orang yg ingin kita silaturrahim tersebut memutuskannya dgn bersikap keras, menolak untuk berbaik bahkan tiada respon langsung. Jangankan dipelawa masuk kedalam rumah, pintu pun tidak dibuka.

4. Nabi perintahkan agar tidak meminta-minta kepada orang lain walaupun sedikit. Meminta hanya kpd Allah krn Allah itu Maha Kaya. Meminta kpd manusia, manusia itu faqir. Kerana meminta kpd manusia itu merendahkan maruah melainkan mengambil haq kita. Hari ini, orang yang mampu pun, nak minta juga. Sampaikan ada ulama’ tasawuf kata “Kalau saya suruh orang ambilkan tongkat saya, bererti saya telah menghilangkan tawakal saya pada Allah”.

5. Nabi perintahkan supaya mengucapkan haq (kebenaran), walaupun pahit. Jika memikirkan soal hati, berat untuk dikatakan atau takut org tersinggung dsb, yang haq itu tidak dapat ditegakkan. Firman Allah “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah” –Surah al-An’aam, ayat 116.

6. Nabi perintahkan supaya jangan takut terhadap kecaman, ejekkan, caci maki, sindiran orang-orang yang tak senang ketika kita mengamalkan agama Allah (Islam). Persetankan cakap2 orang krn kita lakukan bukan kerana orang lain tapi ikhlas kerana Allah spt menutup aurat dsb.

7. Nabi perintahkan agar sentiasa mengucapkan kalimat "La haula wa la quwwata illa billah" (Tidak ada daya kekuatan dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah). Kalimat ini adalah sebuah kalimat seorang hamba yang bergantung (tawakal) kepada kekuasaan Allah 100%. Wallahua'lam...

p/s: Mudah2an kita semua mendapat manfaat dari hadis di atas dan mengamalkannya semampu kita, insyaAllah.

Sumber: Hadis ini adalah kutipan dari kuliah subuh di Masjid Akramunnas, Pekanbaru, Riau yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Somad, Lc.MA, Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam  Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar, Mesir dan Ijazah Sarjana Universiti Dar Al-Hadis, Morocco dalam bidang hadis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;