Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, October 31, 2011

Jom Melawat Istana Sultan Brunei (Gambar)


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا
Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya ". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!

Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!


Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...




Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
video
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.
Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.

Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!
Singki pun bersalut emas!

Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei. Ada kerja kosong tak kat sana? Hehehe...

7 comments:

Anonymous said...

luar biasa

Anonymous said...

rasa nk pegi kikis je emas2 kat kubah istana tu...huhuhu

syam said...

Perghhh!!!

akai said...

buat apa la kereta banyak2..buat bazir je..semua benda nk buat dr emas..rasa2 santapan hari2 dia pun emas gamaknya...nasi emas

Hakimi Suhaimi said...

kaya gila seh! kena g mintak job tu.

mohd akhmar Mukhlisin said...

aku lg kaya..atuk aku dulu guna gigi emas..hehe...

mohd akhmar Mukhlisin said...

atuk aku gigi emas tu main buang2 je..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;