Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, October 31, 2011 9 comments

Jom Melawat Istana Sultan Brunei (Gambar)


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا
Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya ". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!

Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!


Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...
Thursday, October 27, 2011 0 comments

Gempa Bumi Di Turki

Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa
dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP

ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit. ''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu. Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis. Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat. Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui. Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. ''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters
 
Tuesday, October 25, 2011 2 comments

Edisi Gempar! BAR mirip Kaa'bah???

Apakah ini rencana Amerika Laknatullah membuat Bar hampir sama dengan Ka’bah? Anda boleh lihat gambar-gambarnya dibawah ini dan nilailah sendiri...



Saya hanya menyampaikan berita ini kepada rakan2 seagama. Fikirkanlah dan kaji!

Ini adalah emel asal yang diterima:
"In the business area of MID TOWN MANHATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Goverment of USA to not open this BAR. Please do Forward this mail to as many peoples as you can. We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!! Together we can and we will Inshallah."

Erm, ada sapa2 boleh translate tak? Ini yg lemah ni belajar agama tak belajar bhs inggeris. Cuba anda bandingkan gambar-gambar di atas dengan gambar-gambar dalam website Apple ini.

KEPADA SEMUA,
Minta tolong kaji lebih mendalam lagi kerana kita sekarang berada di tengah-tengah fitnah DAJJAL!!! Wallahua'lam...
Sunday, October 23, 2011 0 comments

Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh

Gambar Hiasan
Siapakah wanita yang aduannya didengar oleh Allah swt dari langit ke-7? Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`.

Pada suatu hari, Khaulah binti Tsa`labah melihat suaminya Aus bin Shamit di dalam keadaan bermasalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah menyebutkan perkataan tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan ingin melakukan hubungan seksual bersama isterinya, Khaulah. Akan tetapi, oleh kerana kesedaran hati dan kehalusan perasaan, maka Khaulah menolak untuk bersama suaminya sehingga hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi di dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa di antara dirinya dan suaminya. Khaulah berkeinginan untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika dia wajib bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Kedua matanya asyik menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tidak akan rugi sesiapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah seperti Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah (meminta pertolongan) dan mengadu tidak ditujukan melainkan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah saw.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika
Friday, October 21, 2011 0 comments

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
Wednesday, October 19, 2011 0 comments

Jin Ganggu Perbualan Telefon (video)

Assalamu’alaikum wbt...

Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan anda semua. Mungkin video dibawah ni ada yang dah tengok. Tapi ni sebagai satu perkongsian bagi yang tak tengok lagi. Tak salah rasanya kan?

Video ni memaparkan perbualan sebuah rancangan bual bicara tv kat negara asing (tak tahu plak negara mana), ketika itu ada seorang Muslimah ni buat panggilan untuk bercakap dengan Syeikh jemputan tu, dan dia mengadu bahawa ada 'benda' yg mengacau beliau, dan ingin meminta bantuan Syeikh tu. Tetiba je suara dia berubah jadi garau macam suara orang lelaki, tanda dia sedang dirasuk JIN berkenaan, dan Syeikh tu berbicara dengan JIN tersebut dan memberi amaran kepada JIN tersebut supaya keluar dari badan Muslimah tersebut.

Masa saya mula-mula tengok video ni, meremang bulu roma ni. Serius! Jom la tengok dan ambil iktibar:

Macam mana ? Seram tak ? Inilah kelebihan orang-orang yang mempunyai ilmu agama. Kita tak mudah goyah dan takut apabila menghadapi makhluk Allah SWT yang sentiasa ingin menyesatkan anak Adam. Semoga kita dapat ambil iktibar dari video tersebut.

Sekian, may Allah bless us always!! Assalamu’alaikum :)
Monday, October 17, 2011 2 comments

Kereta Sport Termahal Di Dunia (2011)

Lomborghini Sesto Elemento. Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali Berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron yang pernah saya paparkan sebelum ini. Sila klik.

Maklum sajalah. Nak beli tak mampu. So, dapat tengok je pun kira ok what. Untuk apa la dibangga-banggakan kereta yang mahal, rumah yang mewah kalau hidup tak bahagia? Betul tak? Tengok je lah...

Fakta Ringkas:
  • Kereta Lamborghini Sesto Elemento ini dijual dengan perbezaan harga RM830,389 dari Bugatti Veyron dengan nilai RM8.7 juta.
  • Ia dibina pada tahun ini di San’t Agata Bolognese, Itali.
  • Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.
  • Kereta terbaru Lomborghini ini menggunakan enjin 5.2 liter V10 dan beratnya hampir satu tan. Hanya 20 buah unit kereta ini akan dibina.
Lagi gambar-gambar menarik:
Friday, October 14, 2011 0 comments

Hidup Sejahtera Dibawah Naungan Khilafah

Satu Konferens Negara Islam yang bertajuk "Dunia Menuju Khilafah" akan diadakan pada 30 Oktober 2011 bersamaan 3 Zulhijjah 1432H, hari Ahad, jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Lokasi tempat Konferens Negara Islam adalah seperti berikut:

Dewan Perdana 1,
Hotel Nouvelle,
KM8, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,
Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)
Konferens Negara Islam ini dianjurkan oleh Khilafah Center dan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia yang akan mengupas "Dunia Menuju Khilafah".

Adakah umat akhir zaman terutamanya umat Islam di Malaysia ini tahu bahawa dunia sedang menuju Khilafah?

Kaum muslimin dijemput hadir untuk mengetahui apa jawapannya. Sesiapa yang berpeluang untuk hadir, pakat gi belako deh!

Masuk adalah percuma! Sebarang masalah dan persoalan sila hubungi Ustaz Abu Syahid no.telefon 013-3396359 untuk keterangan lanjut. [arrayah.info/abuidris]

Wednesday, October 12, 2011 0 comments

Tips Kalau Nak Kahwin Muda

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikan berbanding keburukan jika kita berkahwin di usia muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.

Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetengah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin muda tu, tandanya memang ‘gatal’ sangat lah tu.

Tengoklah! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintahNya dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Bukankah lebih baik bernikah daripada bermaksiat? [sekadar gambar hiasan]
 Ok, habis tentang sesi pembuka kata dari saya untuk post kali ini. Tujuan utama saya ialah ingin kongsikan artikel pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda cuba amalkan untuk meyakinkan ibu bapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti:-
Monday, October 10, 2011 0 comments

Safee Sali Cetak Gol Pertama Di Cardiff City

Safee Sali berjaya menjaringkan gol pertama semasa berada di Cardiff City. Hebat Safee tak perlu ambil masa yang lama nak jaringkan gol dan sesuaikan diri.. Syabas Safee!!

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay. Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah. Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)". Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

Wednesday, October 5, 2011 0 comments

6 Tips Panjang Umur

Sekarang ni, tak ramai orang yang boleh hidup sampai umur 100 tahun. Penelitian terbaru menyebutkan perbandingannya hanya satu dari enam orang yang mampu mencapainya.

Orang yang sampai umur seabad, menurut penelitian, adalah mereka yang memiliki pola hidup yang sihat, seperti menjalani diet dan mengekalkan kesihatan yang baik.
Ok, apakah Anda juga nak hidup sampai umur 100 tahun lebih?

Memelihara ANJING Atau Kucing
Bungi mcm sensitif je kan. Orang yang memelihara anjing atau kucing menikmati hidup lebih lama dan sihat dibandingkan mereka yang tidak memeliharanya, demikian menurut ahli psikologi dari Queen's University, Belfast. Diperkirakan haiwan peliharaan dapat membantu kita menangani stress yang berat. Peneliti Amerika Syarikat juga menemukan hanya dengan membelai anjing atau kucing, maka tekanan darah akan turun sebanyak 10% sehingga kembali normal.

Selain itu, dengan memelihara anjing atau kucing, maka Anda tentu akan sering mengajaknya jalan-jalan di tempat terbuka. Dengan demikian, Anda melakukan olahraga sekaligus untuk menurunkan kolestrol.

Pengalaman saya tinggal di kalangan masyarakat di Indonesia, rata-rata yang memelihara anjing biasa ramai dari kalangan yang beragama Budha, Kristian dan ada juga sedikit yang memelihara anjing dari kalangan orang-orang Islam sendiri. Apa alasan mereka? Mereka kata nak umur panjang. Saya jadi pelik. Sambung mereka lagi, “Kalau bela anjing malaikat tak masuk rumah. Jadi malaikat takut mau ambil nyawa kita”. Cerdik Dalam Bodoh...
Saturday, October 1, 2011 0 comments

Namewee Bidas Utusan Malaysia (video)

Tersinggung dengan ulasan akhbar Utusan Malaysia yang mengkritik filem suluungnya, Nasi Lemak 2.0, penyanyi rap yang kini menjadi pembikin filem, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, membidas akhbar berbahasa Melayu itu yang disifatkannya sebagai “sampah”.

Artikel yang ditulis oleh Fauziah Arof, bertajuk 'Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee' disiarkan Rabu lalu.

Fauziah menulis bahawa walaupun ramai yang memuji filem itu, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.

Dia kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku.

Mengulas artikel akhbar milik Umno itu, Namewee membalas dengan memuat-naik satu lagi klip video dalam bahasa Melayu ke laman web perkongsian video YouTube malam tadi yang berjudul 'Namewee Fxxx Utusan'.

Video yang durasinya sedikit kurang daripada tiga minit, memaparkan kekecewaan Namewee yang bercakap dalam bahasa pasar 'menghentam' akhbar itu dan Fauziah.

Walaupun semua perkataan yang mencarut dan memaki dalam video itu telah disenyapkan, namun sebahagian daripadanya masih boleh didengar secara samar-samar.

Beliau menamatkan video itu dengan satu montaj yang berbunyi “I say no (to) Utusan Malaysia”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;