Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, April 29, 2011 0 comments

Berdoalah Wahai Hamba Allah!

Kita sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbulkan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab kita berdoa tak kena pada tempat atau masanya. Di bawah ni saya kongsikan info mengenai waktu-waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.

Mudah-mudahan, bila kita berdoa pada waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah...

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
Monday, April 25, 2011 0 comments

(Gambar) Kesan Tsunami Di Jepun Selepas Sebulan

Di bawah ini adalah gambar-gambar terbaru yang saya dapat melalui emel untuk dikongsikan bersama anda kesan-kesan akibat daripada gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 yang lalu.

 
 
 
 
 

Sunday, April 24, 2011 2 comments

Latest Ranking of 200 Top Universities In The World

 
University of Harvard, USA
 
1 Harvard University, United States
2 California Institute of Technology, United States
3 Massachusetts Institute of Technology, United States
4 Stanford University, United States
5 Princeton University, United States
6 University of Cambridge, United Kingdom
7 University of Oxford, United Kingdom
8 University of California Berkeley, United States
9 Imperial College London, United Kingdom
10 Yale University, United States
11 University of California Los Angeles, United States
12 University of Chicago, United States
13 Johns Hopkins University, United States
14 Cornell University, United States
15 Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland
16 University of Michigan, United States
17 University of Toronto, Canada
18 Columbia University, United States
19 University of Pennsylvania, United States
20 Carnegie Mellon University, United States
Teruskan membaca >>>

Teringat waktu belajar kat sini dulu - Love Story In Harvard -
Friday, April 22, 2011 0 comments

Perempuan Pun Kena Tundukkan Pandangan Juga (Wajib!)

Assalamualaikum..Sebelum ni kita terdengar banyak di pengajian-pengajian baik di masjid-masjid, seminar-seminar atau di tempat lain tentang nasihat kepada kaum Adam untuk selalu menundukan pandangan ketika berhadapan dengan lawan jenis yakni wanita. Selain lelaki diwajibkan untuk menundukan pandangan, apakah itu diwajibkan juga atas wanita?

Pihak lelaki selalu menjadi objek untuk menyampaikan perintah menundukan pandangan, akan tetapi jarang terdengar hal itu disampaikan khusus kepada kaum Hawa, dan pada kenyataannya bahawa perintah menundukan pandangan adalah berlaku atas lelaki dan wanita dengan nilai hukum yang sama.

Allah berfirman:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya...." (Surah An-Nuur: 31)

Setelah ayat di atas turun, maka perintah menundukan pandangan berlaku atas semua umat Islam baik lelaki ataupun wanita.


p/s: Jangan ingat lelaki sahaja yang wajib menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara maksiat, wanita pun diletakkan dalam hukum yang sama. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman. Renung-renungkan dan selamat beramal...:)
Monday, April 18, 2011 0 comments

Kenapa Nak Kena Baca Al-Quran Sedangkan Kita Tak Faham?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

“Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan kalau saya faham sekali pun saya akan lupa balik bila saya tutup Al-Quran ni. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?”

Friday, April 15, 2011 0 comments

Minuman Ringan Mengandungi Arak???

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan
Monday, April 11, 2011 1 comments

Perubahan Tubuh Dalam Kubur (18SG)

Proses Perubahan Tubuh Kita Dalam Kubur
Para Syuhada’ dan Nabi-Nabi Utusan Allah SWT tidak melalui proses ini.

مراحل الميت في القبر
من اول ليلة الى 25 سنة

Peringkat Perubahan dari malam pertama sehingga 25 tahun

في أول ليلة
في القبر يبدأ التعفن على مستوى البطن والفرج ..سبحان الله البطن والفرج أهم شيئين صارع بني ادم وحافظ

عليهما في الدنيا .ف الحاجتين اللذان خسر الشخص الله عز وجل بسببهما سيتعفنا في أول يوم في القبر

Malam Pertama: Perut dan kemaluan akan hancur, dua anggota inilah yang merosakan kehidupan manusia, dengan dua anggota ini manusia akan mendapat untung atau celaka.

بعد ذلكيبدأ الجسم يأخذ لون أخضر فبعد الماكياج وأدوات التجميل و..و…سيأخذ الجسم لون واحد فقط .
Warna jasad akan bermula dengan hijau tanpa mekap dan perhiasan.
Friday, April 8, 2011 2 comments

Lagi-Lagi Video Cabul

"According to the news report, Deputy Director of Malaysia Tourism Board in Taiwan was charged with molesting a salesgirl in a mall when he was drunk and peed in his pants when arrested and questioned." - Agensi -

MEMALUKAN!!!

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia di Taiwan, Ahmad Junaidi Yahya ditahan kerana mencabul seorang jurujual disebuah kompleks beli belah di negara tersebut. Demikian dilaporkan berita Radio milik kerajaan Malaysia RTM.

Ahmad Junaidi, yang dikatakan dalam pengaruh alkohol, ditahan polis Taiwan dan telah dibebaskan pada hari keesokannya.

Malaysia yang tidak mengiktiraf Taiwan tidak mempunyai sebarang kedutaan di negara tersebut. Hubungan Diplomatik Malaysia dengan Taiwan diletakkan dibawah organisasi Malaysian Friendship and Trade Centre.

Beberapa pejabat kerajaan Malaysia yang disenaraikan dalam laman Kementerian Luar Negara termasuk General Affairs Division, Investment Division, Malaysia Airlines, Tourism Malaysia, Trade Division dan Visa Division.

Pejabat Malaysia Tourism Promotion Board Malaysia beralamat di Suite C, 8th Floor, Hung Tai Centre, 170 Tun Hwa North Road, Taipei, Taiwan.

video

Siapa-siapa yang faham bahasa Taiwan boleh la translate video ni dalam bahasa Malaysia. Sekian terima kasih...
Monday, April 4, 2011 1 comments

Top 10 Senarai Kereta Termahal Di Dunia

Apakah kereta yang paling mahal di dunia?. The 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe terjual dengan harga $ 8.700.000 pada tahun 1987. Namun, banyak kereta dan tidak akan dimasukkan ke dalam senarai ini kerana tidak terdapat di pasaran pada saat ini. Sulit untuk membayangkan seseorang yang benar-benar akan menghabiskan 8 juta dolar pada sebuah kereta daripada menggunakan untuk sesuatu yang lebih produktif. Namun, jika anda mempunyai wang dan kesempatan, anda pasti akan menghabiskan sebahagian kecil  untuk menempatkan beberapa supercar ini  di dalam garaj . Ini adalah 10 kereta pengeluaran yang paling mahal di pasaran pada masa ini.


10. Porsche Carrera GT:  $440,000. Sebuah supercar dengan kawalan kestabilan dinamik dan kelajuan tertinggi 205 mph + dan dapat mencapai 0-60 dalam 3,9 saat.


9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster:  $495,000. A supercar GT, SLR McLaren adalah kereta transmisi automatik terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 206 mph + dan mencapai 60 mph dalam 3.8 saat. Ini adalah penukaran mewah dengan mesin yang sangat kuat, yang menghasilkan prestasi yang luar biasa dan bergaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;