Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, December 30, 2011 0 comments

PERMAI 2011 di Jakarta - "So Sweet"

Assalamualaikum, post yang terakhir untuk tahun 2011. Syukur Alhamdulillah, Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI) kali ke-3 akhirnya melabuhkan tirai. Sebenarnya tema PERMAI ni "Baitul Muslim: Sebuah Keluarga Buat Ummah". Pastu, tiba-tiba bertukar jadi "so sweet". Memang sweet sgt2.
Antara penceramah yang hadir memenuhi slot perhimpunan kali ini terdiri dari orang-orang hebat. Mereka adalah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Salim A. Fillah dan Ustaz Erfino Johari.

PERMAI kali ini dihadiri lebih 200 orang! Dan diadakan di Taman Rekreasi Wiladatika, Cibubur, Jakarta Selatan pada 24-26 Disember 2011 baru-baru ni. Diantara pengisian yang dikongsikan para penceramah adalah:
Forum: Cinta & Mukabuku oleh 3 orang panelis yaitu Ust Hasrizal Abdul Jamil, Sdr. Radzi (Student Medic Tahun Akhir UNPAD, Bandung) dan seorang lagi student medic dari Jogja yang saya lupa namanya.
Slot 1: Asas-Asas Baitul Muslim oleh Ust Hasrizal.
Slot 2: Dalam Dakapan Ukhwah oleh Ust Salim A Fillah (Penulis buku best seller di Indonesia)
Slot 3: Persiapan Baitul Muslim oleh Ust Erfino Johari.
Slot 4: Pengurusan Baitul Muslim oleh Ust Hasrizal.


Subhanallah! Sebuah program yang tersangatlah bagus untuk mahasiswa dan remaja Islam. Terasa ukhwah yang dibina walaupun saling tidak mengenali dan yang paling penting saya dapat berkawan dengan ramai doktor. Bangga rasanya... Saya tak dapat jadi doktor, kawan dengan doktor pun jadilah.

Terima kasih sgt2 pada semua panitia yang menjayakan program ini. Walaupun pertama kali hadir program ni, saya nilaikan TERBAIK!!!


Dalam fokus dan perhatian yang diberikan kepada isi ceramah, dengan izin Allah berjumpa dengan sahabat-sahabat yang menuntut di Maahad Muhammadi dulu. Azrul dan Zulfahmi. Walaupun waktu di Maahad tak kenal, tapi bila sebut Maahad Muhammadi @ Kelate terus jadi rapat dan sangat akrab.


Saya dan 3 lagi sahabat (Redzwan, Armin dan Kamil) dengan izin Allah dapat bermalam di rumah Sdr. Fahamy (Student Medic UKRIDA, Jakarta) dan membawa kami berjalan-jalan di sekitar Kota Jakarta. Mall di sini lebih banyak dan hebat dari Mall yang ada Kuala Lumpur. Apalah yang rakyat Jakarta mahukan saya pun tak tahu.


p/s: InsyaAllah, jika panjang umur dan murah rezeki, PERMAI tahun depan pasti saya akan datang.
Saturday, December 17, 2011 0 comments

Siapakah Bidadari Syurga?

Bidadari syurga, makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Dibawah ini adalah diantara beberapa ayat Al-Quran dan Hadist yang dapat dikumpulkan.
Thursday, December 8, 2011 0 comments

Oh Allah!

Oh Allah...

I told you: I'm in pain

You said: 'Do not despair of the mercy of Allah' (39:53)

I told you: Nobody knows what is in my heart

You said: 'Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest' (13:28)

I told you: Many people hurt me

You said: 'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)

I told you: I feel I'm alone

You said: 'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)

I told you: My sins are so many

You said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)

I told you: Do not leave me

You said: 'So remember Me; I will remember you...' (2:152)

I told you: I'm facing a lot of difficulties in life

You said: 'And whoever fears Allah ? He will make for him a way out' (65:2)

I told you: I have many dreams that I want to come true

You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)
Wednesday, November 30, 2011 0 comments

5 Syarat Nak Buat Maksiat!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-...sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
Tuesday, November 22, 2011 0 comments

Indonesia vs Malaysia: Final Sea Games 2011


Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Perlawanan agak perlahan mungkin kerana keadaan padang yang kurang baik.

Gunawan meletakkan Indonesia didepan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 kemudiannya menerusi tandukan sambil baring Asrarudin Putra pada minit ke-35 sehinggalah masuk ke babak masa tambahan.

Kemenangan ditentukan dalam drama adu penalti dan Malaysia menang 5-4 menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Osman, Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar. Amat mengecewakan tendangan penalti dari Fakri Saarani dapat dibaca oleh penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Suatu perjuangan yang begitu berbaloi. Malam tadi pasukan bola sepak kita akan pulang ke tanah air menggunakan kapal terbang charter khas, untuk memberikan mereka peluang berehat selama dua hari sebelum meneruskan cabaran kelayakan Olimpik London menentang Syria pada hari Khamis nanti.

Beberapa jam sebelum perlawanan bermula, pemain skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung.

Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.

Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Malaysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.

p/s: Apapun tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Kami rakyat Malaysia amat bangga dengan pencapaian itu.

Sumber: Harian Metro
Sunday, November 13, 2011 0 comments

12 Keajaiban RM

Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 Perdana Menteri Malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.

Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik. 

Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?
 Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama Rosmah Mansur = RM.
Hahaha...Korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.

Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.
Friday, November 4, 2011 0 comments

Makanlah Budu Sebelum Terlambat

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
 
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
 
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
 
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
 
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
Monday, October 31, 2011 9 comments

Jom Melawat Istana Sultan Brunei (Gambar)


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا
Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya ". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!

Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!


Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...
Thursday, October 27, 2011 0 comments

Gempa Bumi Di Turki

Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa
dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP

ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit. ''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu. Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis. Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat. Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui. Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. ''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters
 
Tuesday, October 25, 2011 2 comments

Edisi Gempar! BAR mirip Kaa'bah???

Apakah ini rencana Amerika Laknatullah membuat Bar hampir sama dengan Ka’bah? Anda boleh lihat gambar-gambarnya dibawah ini dan nilailah sendiri...



Saya hanya menyampaikan berita ini kepada rakan2 seagama. Fikirkanlah dan kaji!

Ini adalah emel asal yang diterima:
"In the business area of MID TOWN MANHATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Goverment of USA to not open this BAR. Please do Forward this mail to as many peoples as you can. We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!! Together we can and we will Inshallah."

Erm, ada sapa2 boleh translate tak? Ini yg lemah ni belajar agama tak belajar bhs inggeris. Cuba anda bandingkan gambar-gambar di atas dengan gambar-gambar dalam website Apple ini.

KEPADA SEMUA,
Minta tolong kaji lebih mendalam lagi kerana kita sekarang berada di tengah-tengah fitnah DAJJAL!!! Wallahua'lam...
Sunday, October 23, 2011 0 comments

Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh

Gambar Hiasan
Siapakah wanita yang aduannya didengar oleh Allah swt dari langit ke-7? Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`.

Pada suatu hari, Khaulah binti Tsa`labah melihat suaminya Aus bin Shamit di dalam keadaan bermasalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah menyebutkan perkataan tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan ingin melakukan hubungan seksual bersama isterinya, Khaulah. Akan tetapi, oleh kerana kesedaran hati dan kehalusan perasaan, maka Khaulah menolak untuk bersama suaminya sehingga hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi di dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa di antara dirinya dan suaminya. Khaulah berkeinginan untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika dia wajib bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Kedua matanya asyik menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tidak akan rugi sesiapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah seperti Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah (meminta pertolongan) dan mengadu tidak ditujukan melainkan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah saw.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika
Friday, October 21, 2011 0 comments

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
Wednesday, October 19, 2011 0 comments

Jin Ganggu Perbualan Telefon (video)

Assalamu’alaikum wbt...

Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan anda semua. Mungkin video dibawah ni ada yang dah tengok. Tapi ni sebagai satu perkongsian bagi yang tak tengok lagi. Tak salah rasanya kan?

Video ni memaparkan perbualan sebuah rancangan bual bicara tv kat negara asing (tak tahu plak negara mana), ketika itu ada seorang Muslimah ni buat panggilan untuk bercakap dengan Syeikh jemputan tu, dan dia mengadu bahawa ada 'benda' yg mengacau beliau, dan ingin meminta bantuan Syeikh tu. Tetiba je suara dia berubah jadi garau macam suara orang lelaki, tanda dia sedang dirasuk JIN berkenaan, dan Syeikh tu berbicara dengan JIN tersebut dan memberi amaran kepada JIN tersebut supaya keluar dari badan Muslimah tersebut.

Masa saya mula-mula tengok video ni, meremang bulu roma ni. Serius! Jom la tengok dan ambil iktibar:

Macam mana ? Seram tak ? Inilah kelebihan orang-orang yang mempunyai ilmu agama. Kita tak mudah goyah dan takut apabila menghadapi makhluk Allah SWT yang sentiasa ingin menyesatkan anak Adam. Semoga kita dapat ambil iktibar dari video tersebut.

Sekian, may Allah bless us always!! Assalamu’alaikum :)
Monday, October 17, 2011 2 comments

Kereta Sport Termahal Di Dunia (2011)

Lomborghini Sesto Elemento. Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali Berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron yang pernah saya paparkan sebelum ini. Sila klik.

Maklum sajalah. Nak beli tak mampu. So, dapat tengok je pun kira ok what. Untuk apa la dibangga-banggakan kereta yang mahal, rumah yang mewah kalau hidup tak bahagia? Betul tak? Tengok je lah...

Fakta Ringkas:
  • Kereta Lamborghini Sesto Elemento ini dijual dengan perbezaan harga RM830,389 dari Bugatti Veyron dengan nilai RM8.7 juta.
  • Ia dibina pada tahun ini di San’t Agata Bolognese, Itali.
  • Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.
  • Kereta terbaru Lomborghini ini menggunakan enjin 5.2 liter V10 dan beratnya hampir satu tan. Hanya 20 buah unit kereta ini akan dibina.
Lagi gambar-gambar menarik:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;