Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, October 25, 2013 0 comments

Muhasabah Diri: Tunaikanlah Solat Berjemaah

Muhasabah Diri:

Kita dapat lihat ketika Solat Sunat Eidilfitri / Eidiladha, penuh surau dan masjid orang datang melimpah sampai ke tangga dan tempat parking, tapi Solat WAJIB 5 waktu sehari semalam hanya 2,3 saf sahaja. Ada lagi teruk hanya imam dan bilal sahaja. Ada beberapa hadis, Nabi s.a.w. sebut tentang kelebihan solat berjemaah.


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada Solat Isyak dan Subuh. Kalaulah mereka tahu (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang Solat Isyak berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam separuh malam, dan sesiapa yang Solat Subuh berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam keseluruhan malam". (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi juga turut memberi ancaman seperti hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah untuk menyuruh para sahabat mencari kayu api, lalu aku menyuruh merekan solat jemaah. Lalu, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tak pergi solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s: Kalaulah Nabi tu hidup di zaman sekarang di negara kita ini, maka banyaklah titik-titik api di Malaysia nie... Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad...
Sunday, May 12, 2013 0 comments

Beberapa Keutamaan dan Bid'ah di Bulan Rejab (Bhg.2)



Riwayat Yang Sahih Tentang Bulan Rejab:
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram”. (Surah at-Taubah, ayat 36).
Penjelasan tentang bulan-bulan haram ini dijelaskan dalam hadis:
عَنْ أَبِى بَكْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا ، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ » .
Dari Abu Bakrah, dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya waktu itu berputar seperti bentuknya saat Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan, ada empat bulan diantaranya bulan-bulan haram, tiga berurutan; Dzulqa’dah, Dzulhijjah dan al-Muharram. Dan bulan Rejab suku Mudhar yang berada diantara bulan Jumada (al-Akhir) dan Sya’ban”. (Hadis Riwayat Bukhari).
عَنْ أَبِى السَّلِيلِ قَالَ حَدَّثَتْنِى مُجِيبَةُ – عَجُوزٌ مِنْ بَاهِلَةَ – عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَنْ عَمِّهَا قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- لِحَاجَةٍ مَرَّةً فَقَالَ « مَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَوَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ « وَمَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ الَّذِى أَتَيْتُكَ عَامَ أَوَّلٍ. قَالَ « فَإِنَّكَ أَتَيْتَنِى وَجِسْمُكَ وَلَوْنُكَ وَهَيْئَتُكَ حَسَنَةٌ فَمَا بَلَغَ بِكَ مَا أَرَى ». فَقَالَ إِنِّى وَاللَّهِ مَا أَفْطَرْتُ بَعْدَكَ إِلاَّ لَيْلاً. قَالَ « مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ رَمَضَانَ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. فَقَالَ « فَصُمْ يَوْماً مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَيَوْمَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « وَمَا تَبْغِى عَنْ شَهْرِ الصَّبْرِ وَيَوْمَيْنِ فِى الشَّهْرِ ». قَالَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنَ الشَّهْرِ ». قَالَ وأَلْحَمَ عِنْدَ الثَّالِثَةِ فَمَا كَادَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَمِنَ الْحُرُمِ وَأَفْطِرْ ».
Dari Abu as-Salil, dia berkata: “Mujibah –seorang perempuan tua dari negeri Bahilah- meriwayatkan kepada saya, dari Bapanya, dari Bapa Saudaranya, dia berkata: “Saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk suatu urusan. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah engkau?”.
Dia menjawab: “Apakah engkau tidak mengenali aku?”.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah kamu?”.
Dia menjawab: “Saya adalah orang dari negeri Bahilah yang datang kepadamu setahun yang lalu”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya engkau dahulu datang kepadaku, tubuhmu, raut wajahmu dan bentukmu baik, apa yang terjadi padamu sehingga seperti yang aku lihat saat ini?”.
Dia menjawab: “Sesungguhnya saya, demi Allah, setelah bertemu denganmu saat itu saya tidak pernah makan kecuali hanya pada malam hari saja”.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapa yang memerintahkanmu menyiksa dirimu”. Rasulullah s.a.w. nyatakan tiga kali. “Berpuasalah engkau di bulan kesabaran bulan Ramadhan”.
Saya katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Berpuasalah satu hari dalam satu bulan”.
Saya katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Berpuasalah dua hari dalam satu bulan”.
Saya katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Engkau tidak mahu hanya puasa di bulan Ramadhan dan dua hari dalam satu bulan”.
Saya katakan: “saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Berpuasalah tiga hari dalam satu bulan”.
Beliau berhenti pada yang ketiga, hampir saja saya katakan ‘Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya’, Rasulullah s.a.w. berkata:
“Berpuasalah engkau di bulan-bulan haram, dan berbukalah”. (Hadis Riwayat Ahmad).
Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnauth status hadis ini Hasan li ghairih, sanad hadis ini dha’if kerana status Mujibah majhul.

Rejab Bulan Perdamaian.
أَبو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِىَّ يَقُولُ كُنَّا نَعْبُدُ الْحَجَرَ ، فَإِذَا وَجَدْنَا حَجَرًا هُوَ أَخْيَرُ مِنْهُ أَلْقَيْنَاهُ وَأَخَذْنَا الآخَرَ ، فَإِذَا لَمْ نَجِدْ حَجَرًا جَمَعْنَا جُثْوَةً مِنْ تُرَابٍ ، ثُمَّ جِئْنَا بِالشَّاةِ فَحَلَبْنَاهُ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُفْنَا بِهِ ، فَإِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَجَبٍ قُلْنَا مُنَصِّلُ الأَسِنَّةِ . فَلاَ نَدَعُ رُمْحًا فِيهِ حَدِيدَةٌ وَلاَ سَهْمًا فِيهِ حَدِيدَةٌ إِلاَّ نَزَعْنَاهُ وَأَلْقَيْنَاهُ شَهْرَ رَجَبٍ
Abu Raja’ al-‘Utharidi berkata: “Dahulu kami menyembah batu, jika kami menemukan batu yang lebih bagus, maka batu itu kami buang, kami ambil yang lebih bagus. Jika kami tidak menemukan batu, kami kumpulkan tumpukan tanah, kemudian kami bawa kambing, kami perah susu kambing di tempat itu, lalu kami mengelilinginya. Apabila masuk bulan Rejab, kami sebut bulan dilepasnya mata (tombak dan panah). Kami tidak membiarkan tombak yang (hujungnya) ada besi dan panah yang (hujungnya) ada besi melainkan kami melepasnya, kami membuangnya di bulan Rejab”. (Hadis Riwayat Bukhari).

Lipat Ganda Pahala dan Dosa di Bulan-Bulan Haram.
قال ابن كثير رحمه الله في تفسيره: (فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ) أي في هذه الأشهر المحرمة، لأنها آكد، وأبلغ في الإثم من غيرها، كما أن المعاصي في البلد الحرام تضاعف، لقوله تعالى: (وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) [الحج:25] .
وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام، ولهذا تغلظ فيه الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء، وكذا في حق من قَتل في الحرم أو قتل ذا محرم، ثم نقل عن قتادة قوله: إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزراً من الظلم في سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيماً، ولكن الله يعظم في أمره ما يشاء.
Imam Ibnu Kasir berkata dalam kitab Tafsirnya ketika menafsirkan ayat “Janganlah kamu berbuat zalim di bulan-bulan itu”, maksudnya adalah di bulan-bulan haram, kerana dosa di bulan-bulan haram itu lebih berlipat ganda dibandingkan dengan di bulan-bulan lain, sebagaimana balasan perbuatan maksiat yang dilakukan di tanah haram dilipatgandakan berdasarkan firman Allah: “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.”. (Surah al-Hajj, ayat 25).
Demikian juga halnya dengan bulan haram, balasan dosa-dosa diperkuat di dalamnya, oleh sebab itu tebusan diyat (tebusan pembunuhan) yang dilakukan pada bulan-bulan haram dilipatgandakan, menurut mazhab Syafi’i dan sekelompok ulama. Demikian juga dengan orang yang membunuh di tanah haram atau membunuh orang yang masih ada hubungan mahram. Diriwayatkan dari Qatadah: “Sesungguhnya perbuatan zalim di bulan-bulan haram itu adalah dosa yang sangat besar bila dibandingkan dengan bulan-bulan lain, walau dimanapun dilakukan, bila waktu perbuatan zalim itu dilakukan, ia tetap besar (dosanya), akan tetapi Allah s.w.t. memperbesar perkara-Nya sesuai kehendak-Nya”.

p/s: Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan amal saleh dan menjauhi semua perbuatan zalim di bulan Rejab yang merupakan bulan haram ini, amin ya Rabbal’alamin. 

- Ringkasan dari Kuliah Subuh di Masjid Akramunnas, Pekanbaru, Riau oleh Ustadz Abdul Somad, (Dosen Fakultas Ushuluddin UIN Suska, Riau) pada 19 Mei 2012.

Friday, May 10, 2013 0 comments

Beberapa Keutamaan dan Bid’ah di Bulan Rejab (Bhg. 1)



Solat Khusus di Bulan Rejab.
عن أنس عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: "ما من أحد يصوم يوم الخميس (أول خميس من رجب) ثم يصلي فيما بين العشاء والعتمة يعني ليلة الجمعة اثنتي عشرة ركعة ، يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة و((إنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ القَدْرِ)) ثلاث مرات، و((قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)) اثنتي عشرة مرة ، يفصل بين كل ركعتين بتسليمة ، فإذا فرغ من صلاته صلى عليّ سبعين، فيقول في سجوده سبعين مرة: (سبوح قدوس رب الملائكة والروح) ، ثم يرفع رأسه ويقول سبعين مرة: رب اغفر وارحم وتجاوز عما تعلم ، إنك أنت العزيز الأعظم ، ثم يسجد الثانية فيقول مثل ما قال في السجدة الأولى ، ثم يسأل الله (تعالى) حاجته ، فإنها تقضى".. قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: "والذي نفسي بيده ، ما من عبد ولا أَمَة صلى هذه الصلاة إلا غفر الله له جميع ذنوبه ، ولو كانت مثل زبد البحر ، وعدد الرمل ، ووزن الجبال ، وورق الأشجار ، ويشفع يوم القيامة في سبعمئة من أهل بيته ممن قد استوجب النار"
Dari Anas, dia berkata: “Tidaklah seseorang yang melaksanakan puasa pada hari Khamis (pertama di bulan Rejab), kemudian ia melaksanakan solat antara Isya’ dan al-‘Atamah iaitu pada malam jumaat sebanyak 12 rakaat, dalam setiap rakaat membaca al-Fatihah satu kali dan al-Qadar tiga kali dan al-Ikhlash 12 kali, setiap 2 rakaat dipisah dengan salam. Setelah solat, berselawat 70 kali, dalam sujud diucapkan: “Maha Suci Allah Tuhan para malaikat dan roh”. Kemudian mengangkat kepalanya dan mengucapkan sebanyak 70 kali: “Ya Allah ampunilah, kasihilah, maafkanlah apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Mulia”. Kemudian sujud yang kedua mengucapkan kalimah yang sama pada sujud pertama. Kemudian memohonkan apa yang dia inginkan kepada Allah. Maka Allah akan mengabulkannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba laki-laki dan perempuan melaksanakan solat ini melainkan Allah mengampuni semua dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan, sebanyak pasir, seberat bukit dan sebanyak daun kayu. Ia dapat memberikan pertolongan (syafaat) pada hari kiamat kepada tujuh ratus keluarganya yang wajib masuk neraka”.

Pendapat ulama tentang hadis ini:
قال النووي: "هي بدعة قبيحة منكرة أشد إنكار ، مشتملة على منكرات ، فيتعين تركها والإعراض عنها ، وإنكارها على فاعلها"( (فتاوى الإمام النووي ، ص 57.
Imam an-Nawawi berkata: “Perbuatan ini bid’ah, tidak baik, munkar, sangat munkar, mengandung perkara-perkara mungkar. Mesti ditinggalkan dan ditolak. Pelakunya diingkari”. (Fatawa al-Imam an-Nawawi, hal. 57).

Sembelih Haiwan Khusus di Bulan Rejab.
والرجبية: شاة كان العرب في الجاهلية يذبحونها في رجب، فيأكل منها أهل البيت، ويطبخون، ويطعمون.

والعتيرة: أول ولد للناقة أو الشاة، يذبح، ويأكله صاحبه، ويطعم منه. وقيل: إنها الشاة التي تذبح في رجب، وفاء لنذر، أو إذا أنتجت الشاة عشراً، فتذبح واحدة منها.
Rajabiah: Kambing yang disembelih masyarakat jahiliah di bulan Rejab, dimasak, dimakan bersama keluarga dan diberikan kepada orang lain.
‘Atirah: Anak kambing pertama yang disembelih, dimakan bersama keluarga dan diberikan kepada orang lain. Pendapat lain mengatakan: ‘Atirah adalah kambing yang disembelih di bulan Rejab untuk memenuhi nazar, atau jika ada 10 ekor kambing, maka disembelih salah satunya. (al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu, Syeikh Wahbah az-Zuhaily: 4/284).

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « لاَ فَرَعَ وَلاَ عَتِيرَةَ » . وَالْفَرَعُ أَوَّلُ النِّتَاجِ ، كَانُوا يَذْبَحُونَهُ لَطِوَاغِيتِهِمْ ، وَالْعَتِيرَةُ فِى رَجَبٍ
Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:
“Tidak boleh (haram) melakukan Fara’ dan ‘Atirah”. Al-Fara’ adalah: menyembelih haiwan yang pertama lahir yang disembelih untuk berhala-berhala. Al-‘Atirah adalah sembelihan di bulan Rejab. (Hadis Riwayat Bukhari).
‘Atirah: haiwan yang disembelih pada 10 hari pertama di bulan Rejab disebut juga dengan Rajabiyah.
قال الحسن: "ليس في الإسلام عتيرة ، إنما كانت العتيرة في الجاهلية ، كان أحدهم يصوم ويعتر"( لطائف المعارف ، ص 227.).

Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Tidak ada ‘Atirah dalam Islam. ‘Atirah hanya ada di zaman Jahilliah, salah seorang dari mereka berpuasa dan menyembelih haiwan sembelihan”. (Latha’if al-Ma’arif, hal. 227).

 ‘Umrah di Bulan Rejab:
فَقَالَ عُرْوَةُ أَلاَ تَسْمَعِينَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ إِلَى مَا يَقُولُ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَتْ وَمَا يَقُولُ قَالَ يَقُولُ اعْتَمَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَرْبَعَ عُمَرٍ إِحْدَاهُنَّ فِى رَجَبٍ. فَقَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِلاَّ وَهُوَ مَعَهُ وَمَا اعْتَمَرَ فِى رَجَبٍ قَطُّ.
‘Urwah berkata: “Wahai Ummulmukminin (Aisyah r.a.), apakah engkau tidak mendengar apa yang dikatakan Abu Abdirrahman?”.
Aisyah berkata: “Apa yang dia katakan?”.
‘Urwah menjawab: “Dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melaksanakan umrah empat kali, salah satunya di bulan Rejab”.
Aisyah menjawab: “Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Abu Abdirrahman, tidaklah Rasulullah s.a.w. melaksanakan umrah melainkan dia bersamanya. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melaksanakan umrah di bulan Rejab”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Zakat di Bulan Rejab.
وقال ابن العطار: "وما يفعله الناس في هذه الأزمان من إخراج زكاة أموالهم في رجب دون غيره من الأزمان لا أصل له ، بل حكم الشرع أنه يجب إخراج زكاة الأموال عند حولان حولها بشرطه سواء كان رجباً أو غيره"( المساجلة بين العز وابن الصلاح ، ص 55.).
Ibnu al-‘Aththar berkata:
“Apa yang dilakukan orang banyak pada zaman sekarang ini; mengeluarkan zakat harta di bulan Rejab, tidak di bulan lain, ini tidak ada dalilnya. Syariat Islam menetapkan hukum wajib menunaikan zakat harta ketika telah sampai Haulnya ketika cukup syaratnya, apakah di bulan Rejab maupun di bulan yang lain”.
(al-Musajalah Baina al-‘Izz wa Ibn Solah, hal. 55).

Ziarah.
Ziarah kubur pada hari Kamis pertama di bulan Rejab. Ini tidak ada dalilnya dari al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Peristiwa Besar di Bulan Rejab.
قال ابن رجب: "وقد روي أنه كان في شهر رجب حوادث عظيمة ، ولم يصح شيء من ذلك ، فروي أن النبي ولد في أول ليلة منه ، وأنه بعث في السابع والعشرين منه ، وقيل في الخامس والعشرين ، ولا يصح شيء من ذلك..."( لطائف المعارف ، ص233.).
Ibnu Rajab berkata:
“Diriwayatkan bahawa di bulan Rejab terdapat banyak peristiwa besar, riwayat ini tidak sahih. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. lahir di malam pertama bulan Rejab. Rasulullah diangkat menjadi Rasul pada 27 Rejab, ada pula yang mengatakan pada 25 Rejab. Riwayat-riwayat ini tidak sahih”. (Latha’if al-Ma’arif, hal. 233).

Kesimpulan al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani:
قال ابن حجر: "لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه ، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه.. حديث صحيح يصلح للحجة،وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي الحافظ، رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه عن غيره"( تبيين العجب فيما ورد في فضل رجب ، لابن حجر ، ص6 ، وانظر: السنن والمبتدعات للشقيري ، ص125.)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:
“Tidak terdapat riwayat yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab, baik tentang puasa di bulan Rejab mahupun hari tertentu, demikian juga tentang Qiyamullail khusus di bulan Rejab. Tidak ada hadis khusus yang layak dijadikan dalil. Imam Abu Isma’il al-Harawi al-Hafizh telah lebih dahulu dari saya mengemukakan pendapat yang kuat dalam masalah ini. Kami riwayatkan dari beliau dengan sanad yang sahih. Demikian juga kami riwayatkan dari ulama lain selain beliau”.
(Tabyin al-‘Ajab fi ma Warada fi Fadhl Rajab, Ibnu Hajar, hal.6; as-Sunan wa al-Mubtadi’at, hal.125).

(bersambung)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;